Monday, June 22, 2009
TENTATIF PROGRAM SEPANJANG
PESTA KONVOKESYEN KE-7 UNIVERSITI SAINS ISLAM
| | MASA/PROGRAM | |||
| TARIKH/HARI | 8-00-1.00 PETANG | 2.00-4.00 PETANG | 5.00-7.00 PETANG | 8.00-10.00 MALAM |
| 29 JULAI 09 (RABU) | *PAMERAN & GERAI C-FEST KE-7 USIM 2009 | |||
| LE TOUR DE C-FEST 7 | PERASMIAN PEMBUKAAN C-FEST 7 | | ||
| | MALAYSIAN BOOK OF RECORDS (MENGARANG ESEI BAHASA ARAB PALING RAMAI) | | ||
| 30 JULAI 09 (KHAMIS) | | | FORUM MILENIA MUSLIM | |
| 31 JULAI 09 (JUMAAT) | | | PERTANDINGAN MARHABAN INTERFAKULTI | |
| 1 OGOS 09 (SABTU) | FUTSAL MATRICULATION CHALLENGE | | ||
| PROGRAM ANJURAN SRM (RAKAN MUDA) | SUKAN TRADISIONAL | KONSERT AMAL | ||
| PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK TADIKA | ||||
| WALL CLIMBING | ||||
| 2 OGOS 09 (AHAD) | FUTSAL MATRICULATION CHALLENGE | | ||
| | PERASMIAN PENUTUP | | ||
| WALL CLIMBING | ||||
*Catatan: Pameran & Gerai C-FEST 7 akan berlangsung sepanjang pesta dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam
Tuesday, June 9, 2009
MASA GENTING!!!
ALHAMDULILLAH, gerak kerja c-fest 7 USIM 2009 telah memasuki fasa pertengahan dan menghampiri penghujungnya..akan tetapi beberapa perubahan perlu di lakukan kerana telah timbul beberapa masalah berkenaan tempat, program dan budget. Berkenaan tempat..dengar-dengar berita Stadium Tertutup Nilai akan diambil semula oleh MPN awal Ogos ini. Beberapa gerak kerja menjadi sedikit kelam-kabut dan kami telah mengambil alternatif tempat kedua iaitu di Pavillion USIM. Cadangan ini telah membuatkan kami terpaksa mengubah tempat beberapa program yang akan berlangsung nanti. Penajaan pula alhamdulillah kami berjaya mendapatkan CELCOM sebagai penaja UTAMA C-FEST 7 USIM 2009. Semoga gerak kerja kami berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah..insya-Allah!
Thursday, May 7, 2009
Mudah Dihubungi
Bagi memudahkan hubungan dengan mereka yang berkaitan dan berminat dengan C-Fest kali ini. Kami menyediakana beberapa medium yang kami rasa buat sementara ini sesuai.
1. email: cfest2009@gmail.com
2. blogspot: cfest2009.blogspot.com
3. tel.: pejabat MPP 06-798 6116
4. tel. pengarah C-Fest: saudara Safuan 014-843 7605
Sekian. Terima kasih.
Gerak Kerja Bermula
Gerak kerja C-Fest bakal bermula pada 12 Mei 2009 sehingga buka semester baru pengajian akademik 2009/2010. Keputusan ini telah dikecapi setelah selesai meeting bilangan 8, 2009 MPP USIM baru-baru ini.
Ini bertujuan bagi memastikan segala gerak kerja dan perancangan akan berjalan dengan baik tambahan bakal meninggalkan kesan dan kenangan kepada kampus terutama ahli jawatankuasa C-Fest kali ini.
Semoga usaha kami dan sokongan anda semua diberkati dan mampu menaikkan lagi nama baik universiti tercinta kita kepersada yang lebih tinggi. Amiin.
Majlis Konvokesyen Ketujuh
Makluman untuk semua, Majlis Konvokosyen Ketujuh USIM akan diadakan pada 1 Ogos 2009. Dikesempatan ini, pihak C-Fest mengucapkan tahniah kepada semua graduan (senior-senior kami).
Doakan kami semua yang masih berbaki pengajian di bumi USIM tercinta ini berjaya seperti anda. Selamat beramal dengan ilmu yang digarap selama di alam kampus untuk dicurahkan kelapangan ummah.
All the best. Amiin.
Muqaddimah
Pesta konkesyen ketujuh USIM kali ini akan diadakan pada akhir bulan julai 2009. Segala gerak kerja dan perancangan program telah dicadangkan.
Kepada anda yang ingin terlibat secara langsung atau tidak mahu pun ingin updating apa-apa sahaj mengenai pesta ini boleh directly melayari laman blog ini.
Segala cadangan dan komen yang membina amatlah dialu-alukan.
Terima kasih.
